comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mangsa tembakan di Machang ada rekod jenayah, dadah lampau – Polis

Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian tembakan di Kampung Hutan Kuin, malam tadi. – Foto: NSTP

KOTA BHARU: Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Jalan Hutan Kuin, Machang petang semalam mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek adalah dua lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah kereta Honda putih melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pemandu, yang berada dalam pikap.

“Mangsa, seorang peniaga yang berada di bahagian pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5.45 petang itu mangsa yang memandu pikap berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.

Artikel berkaitan: Lelaki maut ditembak depan kedai alat ganti kenderaan 

Loading...
Terkini