comscore
Tumpuan :
Jenayah

Maut bergaduh: Lelaki disambung reman seminggu

Foto hiasan

IPOH: Suspek lelaki yang disyaki terbabit pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang di Parit Buntar minggu lalu disambung reman seminggu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, permohonan lanjutan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

“Reman suspek tamat hari ini dan kita menyambung reman selama lima hari sehingga 5 November untuk kita siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Mohd Yusri berkata, pihaknya sudah memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

“Siasatan diteruskan, kita sudah memanggil suspek, saksi dan mereka yang melihat kejadian itu,” katanya.

Isnin lalu, seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas terbabit pergaduhan dipercayai berpunca daripada kes curi baja dengan seorang lelaki dikenali.

Susulan itu polis yang menjalankan siasatan menahan seorang suspek berusia lingkungan 40-an yang juga penduduk tempatan.

Loading...
Terkini