comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mayat Bayi Ditemukan Terapung Dalam Loji Kumbahan Di Seremban

Mayat seorang bayi lelaki ditemukan terapung di dalam sebuah loji kumbahan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi cukup sifat itu daripada orang awam pada 10.38 pagi tadi yang ternampak satu objek dipercayai seorang bayi terapung di dalam loji berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati objek itu adalah mayat seorang bayi lelaki dengan anggaran kematian bayi tersebut lebih dari sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menyalurkannya kepada polis.– BERNAMA

Loading...
Terkini