comscore
Tumpuan :
Jenayah

Menantu curi barang kemas ibu mentua untuk judi dan beli dadah

AMPANG JAYA: Seorang lelaki tergamak mencuri barangan kemas ibu mentuanya kerana ingin menyelesaikan hutang tertunggak, berjudi dan membeli dadah menyebabkan seorang menantu tergamak mencuri barangan kemas ibu mentuanya.

Malah suspek, 26, turut menukarkan barang yang dicuri dengan barangan kemas palsu menyebabkan mangsa kerugian RM30,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pada jam 3.30 pagi, 11 Februari lalu, wanita berusia 56 tahun ketika berada di rumahnya di Taman Pandan Mesra, di sini, dapati barang kemas yang diletakkan dalam laci almari bilik tidur hilang.

Pemeriksaan lanjut dapati satu gelang tangan emas tiada manakala seutas rantai leher emas miliknya ditukar kepada emas palsu.

“Susulan itu, polis menahan suspek yang tidak bekerja di kawasan Taman Pandan Mesra jam 6.30 petang, 12 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hasil soal siasat tangkapan pertama, pada 14 Februari lalu, jam 8.45 malam, sepasukan polis menahan suspek kedua lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di kawasan Sungai Buloh, Selangor yang berperanan sebagai pembeli barang kemas itu,” katanya.

Semakan lanjut dapati tangkapan pertama mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan dadah manakala tangkapan kedua tidak mempunyai rekod lampau jenayah.

“Ujian air kencing dapati tangkapan pertama positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine manakala tangkapan kedua positif dadah jenis kanabis.

“Suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, motif kejadian adalah disebabkan suspek memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang tertunggak motosikal, berjudi dan membeli bekalan dadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini