comscore
Tumpuan :
Jenayah

Murid Dakwa Dipukul Guru

Seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Dato Shaari, Kuala Kedah didakwa dipukul oleh seorang guru sehingga mengakibatkan kecederaan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika sesi persekolahan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian disedari ibu mangsa semasa mengambil anaknya itu di sekolah sekitar jam 1 petang. 

Kecederaan murid tahun 3 itu, melibatkan bahagian lengan, jari dan muka.

Murid itu mendakwa dipukul menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini