comscore
Tumpuan :
Jenayah

Nelayan Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis

FOTO: Ihsan PDRM

MANJUNG: Nelayan warga Thailand maut akibat ditembak di kepala oleh kumpulan penjenayah disyaki warga asing di perairan Pantai Remis, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh majikan mangsa pada jam 12.20 tengah hari memaklumkan seorang pekerjanya maut ditembak.

Beliau berkata, mangsa ditembak oleh sekumpulan penjenayah disyaki warga asing di atas bot milik majikan terbabit.

FOTO: Ihsan PDRM

“Pengadu (majikan) dimaklumkan oleh pekerjanya melalui alat walkie-talkie dalam perjalanan balik ke pelantar ikan di Pantai Remis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini