comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Nenek 75 tahun antara 4 ditahan edar, bungkus dadah RM4.3 juta

 

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun antara empat individu ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan pengedaran dan pembungkusan dadah di Pontian, Sabtu lalu.

Hasil serbuan itu polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata selain warga emas itu, polis turut menahan tiga suspek lelaki berusia 40 hingga 59 tahun termasuk seorang daripadanya adalah adik wanita berkenaan.

Siasatan awal mendapati sindiket menjadikan rumah atas air milik dua beradik itu sebagai tempat memproses dan membungkus semula dadah untuk edaran pasaran tempatan sejak Februari lalu.

Polis masih menyiasat peranan wanita terbabit dalam sindiket itu, selain memburu saki baki ahli sindiket yang masih bebas.

Ketiga-tiga suspek lelaki didapati positif dadah.

Semua suspek direman seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini