comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Benteng: 14 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 14 warga asing selepas mereka didapati melakukan kesalahan membabitkan peraturan imigresen.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penangkapan itu dibuat dalam sekatan jalan raya, semalam hasil pelaksanaan Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“PDRM membuat 60 sekatan jalan raya sempena Operasi Benteng di seluruh negara semalam dan memeriksa 38,474 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutama di lorong-lorong tikus.

“Operasi Benteng ini membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan mengenai kemas kini harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP), hari ini.

Loading...
Terkini