comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: 280 premis diserbu, 153 akaun bernilai lebih RM800,000 dibeku

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 280 premis berkait GISBH diserbu pihak polis dalam Op Global fasa keempat yang bermula 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kesemua premis berkenaan dipercayai berkait rapat dengan syarikat berkenaan.

“Sebanyak 59 premis telah berjaya diserbu dengan memperoleh tangkapan dan rampasan.

“Manakala 221 premis pula didapati telah dikosongkan dipercayai ahli GISBH telah melarikan diri,” katanya.

Selain itu pihaknya juga mengambil tindakan pembekuan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dan penyitaan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) yang telah dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Katanya, jumlah terkini keseluruhan pembekuan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) adalah sebanyak 153 akaun.

Pecahan akaun terbabit terdiri daripada 138 akaun dengan jumlah RM882,795.94 dan 15 akaun telah ditutup.

“Sebanyak 22 buah motokar pelbagai jenis bernilai anggaran RM1,872,085.00 dan 14 lot hartanah telah dijalankan tindakan pembekuan.

“Tindakan penyitaan juga turut dijalankan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dengan jumlah terkini keseluruhan seperti pecahan berikut.

“16 buah motokar pelbagai jenis dengan nilai berjumlah 2,078,000.00, 26 ekor haiwan terdiri daripada 9 ekor kuda, 14 ekor arnab dan 3 ekor burung merak, wang tunai bernilai RM18,650.00 dan 2 utas jam jenama Amazfit anggaran RM600,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini