Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
PETALING JAYA: Saringan kesihatan yang dijalankan ke atas 384 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi operasi khas Op Global mendedahkan wujudnya unsur pengabaian dan penganiayaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa setakat semalam, saringan kesihatan telah dilakukan dan menunjukkan adanya ciri-ciri tersebut.
Menurut Razarudin, sehingga semalam, polis telah merakam percakapan daripada 483 individu, termasuk pengadu, saksi, mangs dan suspek berkaitan kes itu.
Beliau juga memaklumkan, bahawa siasatan mengenai kes liwat masih diteruskan dan maklumat lanjut akan diberikan kemudian.
“Proses siasatan akan diteruskan dengan memanggil semua ibu bapa yang dikenal pasti untuk memberi keterangan. Kami sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan keberadaan mereka,” jelasnya.
Dalam satu operasi pada Rabu lalu, polis telah menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun dari 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dipercayai telah dieksploitasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Op Global: 6 ditahan reman berkait kes pengabaian, amang seksual, cabul kanak-kanak
- 402 kanak-kanak dieksploitasi di rumah amal diselamatkan polis
- Op Global: Mangsa diajar aksi tidak senonoh, tagih simpati minta sumbangan – KPN
- Memang liwat itu ada satu, dua – Pemimpin GISBH
- Op Global: Polis fokus selesaikan siasatan – KPN