comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Global: Kes ugut Mufti Perlis antara 35 kertas siasatan dibuka

Foto: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kes mengugut dan mendatangkan ketakutan kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara 35 kertas siasatan yang dibuka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, kesemua kertas siasatan itu telah dibuka ke atas semua tangkapan yang dibuat menerusi Op Global fasa keempat yang bermula 21 September lalu.

“Pertamanya, Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, ada juga kertas siasatan ada dua kesalahan.

“Satu Seksyen 31(1)(a) dan juga Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Manakala ada satu kertas siasatan di mana telahpun mengugut ataupun mendatangkan ketakutan kepada Datuk Mufti Perlis dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, polis turut membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007 dan Sekysen 14 ATIPSOM 2007.

Selain itu, katanya pihaknya turut membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 daripada kesemua kertas siasatan terbabit.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, PDRM telah memperoleh kebenaran tahan reman terhadap semua suspek yang ditahan pada Fasa 4 Op Global bermula dari 23 hingga 28 September 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini