comscore
Tumpuan :
Jenayah

OP JANGKAR HARAM | Lima Kapal Berlabuh Tanpa Kebenaran Ditahan

Lima buah kapal ditahan di sektar perairan Tompok Utara. FOTO: APMM

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan lima buah kapal dalam usaha membanteras saki-baki kapal berlabuh tanpa kebenaran pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, semua kapal berkenaan ditahan di sekitar perairan Tompok Utara.

“Semua lima buah kapal dengan tanda nama MT MINERVA GRACE, NEW DYNASTY, MT ALAMI SKY, MT YOLANDA, dan MT CASTOR telah ditahan sekitar jam 11.50 pagi hingga 3.45 petang semalam oleh empat buah kapal peronda dan sebuah bot Maritim Malaysia terdiri daripada KM TEGAS, KM SATRIA, KM SIBUAN, KM NIAH, dan Bot PENGAWAL 31”

“Ini menjadikan jumlah kapal dagang yang ditahan sebanyak 18 buah dalam tempoh 6 hari Op Jangkar Haram dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan tangkapan kapal dagang di perairan Johor bagi tahun 2021 ialah sebanyak 36 buah.

Tambahnya, semua kapal yang ditahan itu memiliki bendera negara asing dan kapal jenis tangki.

Semua kapal yang ditahan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Negeri Johor menasihatkan agar semua jenis kapal yang ingin berlabuh di dalam perairan Malaysia mesti memohon dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu atau segera keluar dari perairan Malaysia jika enggan berbuat demikian.

Loading...
Terkini