comscore
Tumpuan :
Jenayah

OP Samseng Jalanan: 69 motosikal disita, 2 ditahan disyaki terbabit dadah

Oleh: Zahir Senapiah

ISKANDAR PUTERI: Polis menyita 69 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu membanteras samseng jalanan di beberapa jalan utama sekitar daerah ini.

Sebanyak 265 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, operasi berkenaan membabitkan 4 pegawai kanan dan 33 pegawai rendah dan anggota dari IPD Iskandar Puteri bermula jam 12.30 pagi hingga jam 5 pagi tadi.

“Tumpuan diberikan di kawasan Lebuh Ismail Sultan, Iskandar Puteri yang sebelum ini sering menjadi lokasi untuk aktiviti samseng jalan raya” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain membanteras aktiviti samseng jalanan, polis juga berjaya mengesan beberapa kesalahan jenayah lain.

Ia termasuk tangkapan ke atas dua lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebanyak 223 buah motosikal dan 226 individu diperiksa dalam operasi berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini