comscore
Tumpuan :
Jenayah

OP SELAT | 3 Pegawai Imigresen Direman

Tiga lagi pegawai imigresen termasuk seorang pegawai kanan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan cop di pintu antarabangsa.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 38 hingga 54 tahun ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, petang semalam.

Seramai 53 orang telah ditahan dalam Ops Selat yang bermula sejak 16 November lalu.

Dalam masa sama, SPRM telah mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman ke atas 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam terlibat dengan membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

Loading...
Terkini