comscore
Tumpuan :
Jenayah

OP TIRIS: Polis Marin rampas 2,000 liter diesel


Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Kuala Kedah merampas 2,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM4,300 dalam  serbuan ke atas sebuah stesen minyak di Jalan Langgar, di sini, semalam.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam serbuan itu, sebuah kenderaan motolori ‘bonded’ ditahan yang membawa kepada penemuan 2000 liter diesel.

 

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motolori berkenaan mempunyai tangki yang diubahsuai yang disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel. PPM telah bertindak menyita sejumlah minyak diesel dalam anggaran 2,000 liter yang ditemui dalam tangki tambahan berkenaan”.

“Motolori ‘bonded’ bernombor pendaftaran tempatan itu disita manakala pemandunya yang berusia 52 tahun diberkas.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM 9,300.00.

PPM Wilayah 1 itu katanya menyerahkan kes itu kepada Pejabat KPDN Kedah.

Siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

 

 

 

Loading...
Terkini