comscore
Tumpuan :
Jenayah

Operasi banteras jenayah di Kelantan diperhebat

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen daripada Pegawai Penyerah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir (kanan) kepada Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah (kiri) ketika hadir Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di Pasir Mas, hari ini. – FOTO: NSTP

PASIR MAS: Polis Kelantan akan mempergiatkan operasi pada tahun ini berikutan peningkatan sebanyak 9.4 peratus kes jenayah di negeri itu sepanjang 2022.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata sebanyak 2,206 kes jenayah dilaporkan pada 2022 berbanding 2,017 kes pada 2021, membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda.

Katanya, tahun lalu, terdapat 448 kes jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan samun, manakala 1,758 kes dilaporkan membabitkan jenayah harta benda seperti kecurian motosikal, kenderaan dan pecah rumah.

“Kita akan teruskan usaha dengan menjalankan lebih banyak operasi membabitkan semua pihak termasuk Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

“Pelbagai perancangan sudah disusun dengan baik untuk sepanjang tahun ini. Malah, setiap tiga bulan sekali kita akan menilai adakah strategi yang dijalankan berjaya atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tandatangan Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir menyerahkan tugas kepada Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, sebagai pemangku ketua polis di daerah terbabit.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut memfokuskan kepada kes jenayah membabitkan warga asing yang juga dilihat meningkat di negeri itu.

“Kita akan memberi perhatian di penempatan yang menjadi sasaran kumpulan warga asing yang mana boleh mencetus kegusaran dalam kalangan penduduk setempat,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini