comscore
Tumpuan :
Jenayah

Padah beri rasuah kepada polis

Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan memberi rasuah kepada anggota polis.

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan memberi rasuah kepada anggota polis.

Tertuduh Muhammad Saidi Mat Lawi, 44 tahun, mengaku bersalah memberi suapan sebanyak RM500 kepada anggota polis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana memiliki dadah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 17 Mei 2020, jam 3.30 petang, di Plaza Tol Cheneh, Kemaman.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen, Jamaludin Mat turut menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

Loading...
Terkini