comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pasangan kekasih antara tiga ditahan edar dadah

PETALING JAYA-Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah hasil dua serbuan berasingan di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata dua lelaki warga tempatan dan seorang wanita qarga asing ditahan hasil Op Acacia.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata serbuan dilakukan pada jam 6 petang hingga 11 malam 10 Januari lalu oleh pasukan JSJN Kuala Lumpur.

Dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Taman desa, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang juga pasangan kekasih berusia 18 dan 43 tahun ditahan.

Hasil pemeriksaan, heroin seberat 3.6 kilogram dan 5,020 biji pil Erimin5 dirampas.

Turut dirampas sebuah kereta, sebentuk cincin dan wang tunai RM1,200.

Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 23 rekod jenayah lampau serta positif dadah.

Siasatan kemudian membawa kepada satu lagi serbuan di tempat letak kereta di Jalan Imbi.

Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan bersama 1 kilogram syabu.

Suspek juga didapati positif dadah.

Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM154,000.

Sindiket berkenaan didapati aktif sejak dua bulan lalu dan menjadikan kondominium yang dikawal oleh pengawal keselamatan sebagai tempat simpanan dadah.

Bekalan dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek direman 7 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini