comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pasangan Suami Isteri Ditahan Dalangi Aktiviti Pelacuran

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri antara yang ditahan bersama enam wanita warga asing dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel bajet di Masai, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitanden Mohd Sohaimi Ishak berkata, semua wanita berumur 33 hingga 54 tahun itu ditahan dalam satu operasi noda, jam 2.30 petang semalam.

Menurut beliau, enam lelaki warga asing dan tempatan berusia antara 33 hingga 55 tahun disyaki pelanggan turut ditahan.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri warga tempatan yang berumur 62 dan 48 tahun itu, bertindak sebagai pengurus kepada akvititi pensundalan berkenaan sejak Ogos lalu” katanya kepada Tv3, hari ini.

Ujarnya, aktiviti pelacuran di hotel bajet itu dijalankan ketika waktu tengah hari hingga petang dengan pelanggan dikenakan bayaran antara RM50 hingga RM130 sahaja.

Susulan serbuan itu pihaknya turut merampas pelbagai barangan termasuk kondom, tuala, wang tunai sebanyak RM978 dan resit pendaftaran masuk ke hotel bajet itu.

Lima wanita dan seorang lelaki warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Mereka di reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencara langganan bagi aktiviti pensundalan, Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Loading...
Terkini