comscore
Tumpuan :
Jenayah

PDRM tahan 65 individu ingkar PKPP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 65 individu kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakub berkata, daripada jumlah itu, seramai 36 individu direman manakala 29 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ialah acara dan pertandingan sukan, aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga dan judi dalam talian.

“Seramai 13,528 anggota Pasukan Pematuhan PKPP membuat 60,427 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP perintah itu.

“Sebanyak 3,891 pasar raya, 5,299 restoran serta 1,940 penjaja, 921 kilang dan 1,670 pasar awam/tani diperiksa, turut diperiksa semalam ialah 3,729 tempat ibadat dan 1,467 tempat riadah,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini