comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pecah masuk rumah jiran, curi dua paket makanan

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Akibat menghadapi masalah kewangan menyebabkan dua lelaki memecah masuk rumah di Kampung Ampang Campuran untuk mencuri makanan semalam.

Bagaimanapun kegiatan suspek berusia 21 dan 22 tahun itu disedari jiran mereka jam 3 pagi semalam sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suri rumah berusia 38 tahun itu pada mulanya terdengar bunyi bising orang menendang jeriji besi di stor makanan.

Menurutnya, dia kemudian mengintai dari lubang pintu sebelum mendapati suspek dikenali memecah masuk stor makanannya.

“Tidak lama kemudian, dia membuat pemeriksaan dan mendapati jeriji besi hadapan bengkok dipercayai ditendang oleh suspek yang cuba untuk masuk ke dalam rumah.

“Barang yang hilang adalah dua paket makanan berjumlah RM30,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, pada jam 6 pagi semalam, sepasukan pihak polis menahan suspek bagai membantu siasatan.

“Suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah manakala suspek kedua tidak punyai sebarang rekod jenayah.

“Pihak polis turut membuat rampasan dua paket makanan iaitu, satu paket hot dog dan satu paket isi ketam milik mangsa,” katanya.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 4 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini