comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pecah rumah sama tiga kali dalam tiga minggu, tiga ditahan

Foto hiasan

IPOH: Polis percaya pihaknya telah dapat menyelesaikan kes pecah rumah dan samun sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga minggu ke atas pasangan suami isteri warga emas di rumah mereka di Taman Ria Bercham di sini.

Ia susulan penahanan tiga orang suspek lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner ACP Yahaya Hassan berkata, suspek warga tempatan usia 33, 39, dan 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 hingga jam 2.30 petang semalam menerusi operasi khas di dua lokasi berasingan di kawasan Bercham.

Beliau berkata beberapa barangan milik mangsa seperti barang kemas, wang tunai, binokular, telefon bimbit dan komputer turut dirampas daripada suspek.

Turut dirampas, kenderaan yang digunakan suspek semasa menyamun.

Tangkapan dibuat berpandukan tiga laporan polis yang dibuat oleh pasangan warga emas itu.

Mengikut laporan itu, rumah mereka dipecah masuk sebanyak tiga kali pada 1, 11 dan 24 Mei lalu.

Nilai kerugian dialami mereka dianggarkan RM27,000.

Menurut ACP Yahya, ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, siasatan berikutnya adalah bagi mengenal pasti berapa lagi jumlah kes lain yang dilakukan suspek sama terutama membabitkan kawasan di sekitar Ipoh.

 

Loading...
Terkini