comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pegawai polis direman seminggu disyaki rogol pengadu

Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor direman tujuh hari selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat kelmarin.

TUMPAT: Seorang inspektor polis direman tujuh hari kerana disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini kelmarin.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pegawai polis terbabit yang juga pegawai penyiasat berusia 38 tahun disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.

Bantahannya bagaimanapun ditolak mahkamah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini