comscore
Tumpuan :
Jenayah

Peguam pecah amanah, pengawal keselamatan rugi RM3.5 juta

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan di sebuah agensi berkaitan kerajaan mengalami kerugian bernilai RM3.5 juta selepas menjual dua tanah lot miliknya namun tidak mendapat sebarang wang hasil jualan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata menurut laporan diterima, pengadu telah menandatangai perjanjian jual beli untuk menjual dua tanah lot miliknya kepada sebuah syarikat dengan nilai RM3.5 juta pada 25 Oktober 2022.

“Perjanjian tersebut telah disaksikan oleh seorang peguam dari firma guaman yang telah dilantik untuk mewakili pengadu.

“Pada 15 Mac 2023, pengadu telah membuat thumbprint di Pejabat Tanah Petaling bersama peguam yang dilantik dan urusan penjualan tanah tersebut selesai pada hari sama.

“Bagaimanapun, sehingga kini pengadu tidak mendapat sebarang wang hasil dari penjualan tanah tersebut,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Datuk Seri Ramli berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, jumlah kes pecah amanah oleh peguam mungkin kecil jika dibandingkan jumlah keseluruhan peguam yang berdaftar, namun nilai kerugian yang direkodkan bagi sesuatu kes adalah amat besar, jelas beliau.

“Maka dari itu pihak PDRM sentiasa memandang serius isu ini dan usaha yang sewajarnya perlu diambil bagi mengekang kes-kes sebegini dari terus berlaku.

Beliau turut menggesa Majlis Peguam Malaysia untuk senada dalam hal ini dan melaksanakan peranannya demi menjaga imej dan nama baik profesion peguam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini