comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pemandu dikejar polis ada 11 rekod kesalahan 

KUALA LUMPUR: Pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri dan dikejar 28 unit peronda polis (MPV) hingga ke Cyberjaya, awal pagi tadi mempunyai 11 rekod kesalahan lampau.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kereta terbabit, polis menemui sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan milik individu lain dan kad debit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 1.42 pagi selepas kereta dipandu suspek melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara.

“Suspek kemudian memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam, bagaimanapun ketika tiba di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, suspek merempuh anggota unit rondaan bermotosikal (URB) yang cuba menahannya.

Foto tular

“Susulan itu, hebahan bantuan dibuat dan beberapa kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Serdang dan Subang Jaya mengejar suspek dengan jarak 50 kilometer (km) melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

“Kenderaan suspek berjaya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek lelaki dan wanita tempatan ditahan dan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kes ini juga dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah kereta Perodua Bezza dikejar kira-kira lebih 20 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya.

Dalam video itu, pemandu kereta dilihat tetap meneruskan perjalanan meskipun dalam buruan pasukan polis.

Loading...
Terkini