comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemandu E-Hailing Cedera Disamun

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan e-hailing cedera selepas disamun seorang lelaki di Kampung Baru, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian berlaku pada jam 11 malam yang mana pemandu berusia 48 tahun itu disamun sebelum kenderaannya dibawa lari.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian dijumpai di Flat PKNS Kampung Baru.

“Terdapat calar dan kemek pada kenderaan yang dilarikan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.-HARIAN METRO

Loading...
Terkini