comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemandu mabuk bermalam di lokap

Foto : Ihsan PDRM

BATU PAHAT: Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan dalam Ops Mabuk di ini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata suspek 31 tahun ditahan selepas ujian mendapati kandungan alkohol dalam badannya melebihi had ditetapkan.

Operasi bermula jam 11 malam hingga 4 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) bagi mengesan pemandu mabuk.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Batu Pahat dan ditahan di dalam lokap untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan) 2020.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Loading...
Terkini