comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemandu Tempatan Bawa PATI Lari Nampak Polis

Oleh Akmaliah Razak

GUA MUSANG: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan polis selepas kesemua gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini secara sah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mereka dikesan cuba melarikan diri semasa anggota menjalankan tugas ‘snap check’ di Lepan Jaya, Gua Musang, dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Anggota polis mendapati kenderaan dinaiki kesemua suspek telah membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan. Anggota yang bertugas mengekori kenderaan yang dipandu suspek warganegara Malaysia dan berjaya ditahan di hadapan Taman Mesra, Jalan Persiaran Raya, sejauh hampir tujuh kilometer dari lokasi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau berlaku pergelutan antara polis dan suspek ketika proses tangkapan dilakukan.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 30 tahun itu disiasat di bawah Sek 26J ATIPSOM 2007,SEK 6(1) ( c) Akta Imigresen & Sek 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini