comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pembantu tadbir sekolah direman, disyaki beri kerja pembekalan kepada syarikat anak

FOTO: NSTP

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan seorang pembantu tadbir kanan (N22) sebuah sekolah di sini, semalam, kerana disyaki menggunakan jawatannya untuk memberi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di sekolah itu kepada syarikat milik anaknya dari 2019 hingga 2022.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati suspek wanita berusia 54 tahun itu dipercayai menggunakan modus operandi sama sepanjang tempoh berkenaan, termasuk memberi kerja pembekalan dan perkhidmatan bernilai RM125,158 kepada syarikat milik anaknya pada 2020.

“Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan kira-kira jam 2.40 petang semalam,” katanya hari ini.

Majistret Khairunnisak Hassni kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari hingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan, selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini