comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pembuli jalanan Honda HRV diburu

FOTO: Tular

SEGAMAT: Seorang suspek pembuli jalan raya diburu pihak polis apabila didapati memandu secara berbahaya di Jalan Genuang, Segamat, 9 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun telah membuat laporan polis.

Jelasnya, berdasarkan laporan berkenaan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 pagi ketika dia sedang memandu kereta dari Jalan Buloh Kasap ke Bandar Segamat.

“Ketika kejadian telah datang satu kereta Honda HRV warna putih brek mengejut tanpa sebab. Mangsa yang sedang memandu terpaksa menekan brek secara mengejut dan menyebabkan anak-anaknya jatuh di dalam kereta.

“Mangsa telah memarahi lelaki berkenaan, namun suspek telah mengeluarkan ‘stering lock’ dan mengacu ke arah mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/279 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Terdahulu, pihaknya juga mendapati satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat tular di media sosial.

Ia memaparkan sebuah kenderaan jenis honda HRV berwarna putih dipandu secara berbahaya.

Ujarnya, dalam video berkenaan, kenderaan tersebut didapati beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek secara mengejut dengan niat membuat provokasi terhadap pemandu lain.

kuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini