comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemilik bengkel ugut bekas pekerja tarik laporan polis

AMPANG JAYA: Polis menyiasat seorang pemilik bengkel yang didakwa mengugut bekas pekerjanya untuk menarik laporan polis.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki pada 8 Oktober lalu berhubung ugutan bekas majikannya yang diterima menerusi pesanan suara.

“Menurut pengadu, bekas majikannya mengugut untuk dia menarik semula laporan dibuatnya dan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 380/323 Kanun Keseksaan.

“Suspek dikatakan mengugut sekiranya pengadu tidak menarik laporan, pengadu tidak akan dapat ke mana-mana sama ada di dalam atau luar negara.

Malah, pengadu juga diugut akan mendapat susah serta akan masuk penjara, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini