comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pemuda kurang siuman meninggal akibat pendarahan paru-paru

 

KOTA BHARU: Kematian pemuda yang mengalami masalah mental di Masjid Tok Guru, Palau Melaka, di sini, malam kelmarin, disahkan berpunca daripada pendarahan pada paru-paru akibat tekanan di bahagian dada.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata selain itu terdapat juga kesan calar, lebam serta luka di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Pemuda kurang siuman meninggal dunia di pekarangan Masjid Tok Guru, Palau Melaka, di sini, akibat pergelutan selepas menyerang seorang wanita. – FOTO: NSTP

Katanya, proses bedah siasat mangsa dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa berusia 20-an itu mengamuk dan menyerang seorang wanita berusia 57 tahun di pekarangan masjid sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan kematian.

Susulan itu, seorang pengawal keselamatan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda terbabit.

Perintah tahanan reman suspek berusia 32 tahun bermula semalam sehingga 5 Februari depan.

Loading...
Terkini