comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penahanan 2 individu bongkar kes curi motosikal 11 tahun lalu

Dua suspek disyaki terbabit curi motosikal 11 tahun lalu berjaya diberkas polis di Kota Kinabalu dan motosikal disyaki dicuri 11 tahun lalu ditemukan semula. – Foto ihsan Polis

KOTA KINABALU: Polis menahan dua individu selepas terbabit kes curi motosikal dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, semalam.

Suspek lelaki berusia 19 tahun dan wanita berusia 46 tahun ditahan berhubung kecurian sebuah motosikal jenis Modenas Kris di Taman kemajuan, Likas, pada Disember 2013 lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D4 JSJ IPK Sabah menjalankan tangkapan seorang lelaki disyaki terbabit kes curi motosikal.

“Serbuan dengan dibantu anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kota Kinabalu berjaya menahan suspek di sebuah rumah setinggan di Kampung Likas.

“Hasil serbuan itu merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kris yang hilang disyaki dicuri pada 2013 lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pada hari sama, jam 7.45 malam suspek kedua, seorang wanita ditahan di pejabat D4, JSJ IPK Sabah.

“Hasil siasatan, suspek wanita disyaki terbabit dalam kes curi motosikal berkenaan dan berperanan sebagai penjual motosikal curi.

“Kedua-dua tangkapan dan rampasan dibawa ke pejabat D4 JSJ IPK Sabah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi curi kenderaan bermotor,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini