comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penceramah Bebas Bergelar Ustaz Direman Kes Rogol Remaja 14 Tahun

Gambar hiasan.

SUNGAI BESAR : Seorang penceramah bebas bergelar ustaz direman lima hari untuk siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rozlizi Sulaiman selepas suspek dibawa ke mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dalam kenyataan berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pengadu berusia 14 tahun berkenalan dengan suspek berusia 30-an sejak Mei 2021

Menurut Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Bertindak dari maklumat tersebut, sepasukan Pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek jam 4.50 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Setakat ini, sebanyak 4 kertas siasatan telah dibuka iaitu 2 di Selangor, 1 di Kuala Lumpur dan 1 di Perak melibatkan pengadu yang sama”

“Mengikut peruntukan undang-undang, hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 adalah masing-masing membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan”

Loading...
Terkini