comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pencuri lembu cuba lari, rempuh kereta polis

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang suspek pencuri lembu ditahan selepas dikejar polis sejauh 8 kilometer, dari Kulim, Kedah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam semalam.

Anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta suspek yang merempuh kenderaan polis.

Tembakan dilepaskan anggota kereta peronda polis MPV bagi mempertahankan diri susulan tindakan agresif suspek lelaki berusia 24 tahun itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam apabila polis mengesan kereta suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran ibu pejabat polis daerah Kulim.

Ketika cuba diperiksa, lelaki itu memecut laju keretanya ke arah Bukit Mertajam.

Dia kemudiannya merempuh MPV polis setelah tersekat di jalan mati di kawasan perumahan.

Susulan itu tembakan dilepaskan anggota polis bagi mempertahankan diri dan menghentikan kenderaan suspek.

Difahamkan, suspek yang memiliki enam rekod jenayah, dipercayai baharu mencuri lembu ekoran penemuan peralatan untuk kegiatan itu.

Kereta dipandu suspek juga dilaporkan hilang di Sungai Bakap pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini