comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penganggur ditahan disyaki pecah kedai serbaneka

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dua penganggur ditahan polis kelmarin, selepas disyaki terbabit kejadian pecah masuk sebuah kedai serbaneka di Pekan Ampang di sini, membabitkan kerugian lebih RM13,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan kejadian pada 9 November lalu.

“Kejadian disedari pekerja kedai iaitu lelaki berusia 30 tahun sebaik tiba kira-kira jam 8.30 pagi dan melihat pintu belakang kedai diumpil.

“Pengadu mendakwa beberapa barang hilang dengan anggaran kerugian RM13,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan menahan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun di sekitar daerah ini antara jam 6.45 petang hingga 8.10 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berjaya merampas beberapa barangan seperti komputer riba, pengecas mudah alih, minyak wangi dan mesin gunting rambut milik pengadu.

Katanya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 22 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini