comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penganggur Pecah Mesin ATM

Seorang penganggur ditahan polis selepas bertindak memecahkan mesin ATM di sebuah pasaraya di Sibu, Sarawak akibat berang tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin berkenaan.

Lelaki terbabit dipercayai mahu mengeluarkan wang i-Sinar bagi membeli pakaian anaknya.

Bagaimana pun tindakan mengeluarkan wang berkenaan gagal berikutan kad bank ditelan mesin ATM terbabit.

Suspek yang berang bertindak agresif dengan menumbuk mesin ATM sehingga rosak.

Tindakan suspek bagaimanapun disedari pengawal keselamatan di pasaraya berkenaan.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, lelaki berusia 35 tahun itu ke ATM berkenaan bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Loading...
Terkini