comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pengarah Syarikat Direman Tiga Hari

Di Mahkamah Majistret Kuching, seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sarawak direman tiga hari bermula esok ekoran pertuduhan rasuah.

Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM2,000 pada 2019.

Suspek berusia 58 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 1.15 petang semalam di Pejabat SPRM Sarawak ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai menerima suapan daripada sebuah syarikat bagi tujuan pembayaran penyewaan gerai untuk program keusahawanan pada 2019.

Wang sebanyak RM2,000 itu sepatutnya dibayar secara terus ke akaun syarikat kerajaan negeri itu atau kelab syarikat.

Bagaimanapun, transaksi dilakukan melalui perbankan atas talian ke dalam akaun peribadi milik suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini