comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pengawal pukul pelajar; Taylor’s University buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Taylor’s University mengesahkan sudah membuat satu laporan polis susulan penyebaran video seorang pelajarnya terbabit dalam pertengkaran secara fizikal dengan seorang pengawal keselamatan.

Jurucakap universiti itu memberi jaminan bahawa pihak Taylor’s University akan memberikan sokongan kepada pelajar terbabit.

“Taylor’s University mengambil serius kesejahteraan pelajar kami.”

“Kami telah menyiasat insiden yang melibatkan seorang pelajar dan anggota keselamatan dari sebuah bangunan berhampiran.” Kami menekankan bahawa anggota keselamatan terbabit tiada kaitan dengan Taylor’s.”

FOTO: Tangkap taylorsuni / Instagram

Berdasarkan video mengenai insiden itu yang tular di beberapa media sosial menunjukkan seorang pengawal keselamatan memukul seorang remaja di satu kawasan dipercayai tempat meletak kenderaan.

Dalam salah satu video itu, beberapa orang lelaki turut dilihat cuba meleraikan pergaduhan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini