comscore
Tumpuan :
Jenayah

Peniaga didenda simpan harta curi bernilai lebih RM13,000

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi milik seorang wanita bernilai lebih RM13,000.

Tertuduh, Feliciano Shaif Cubinar Tajul Ariffin, 22 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curang telah menerima dan menyimpan harta curi berupa duit tunai milik seorang wanita berjumlah RM13,616 yang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh.

Tertuduh mengetahui transaksi kemasukan wang pindahan atas talian adalah harta curi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Disember 2022 di Pasar Payang, Kuala Terengganu jam 2.58 petang.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut seskyen 411 kanun keseksaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini