comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Peniaga kedai ubat didenda RM5,000 miliki mercun, bunga api tanpa permit

KANGAR: Seorang peniaga kedai borong dan ubat ubatan didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis, kerana memiliki 1,715 kotak bahan letupan berisi mercun dan bunga api tanpa kebenaran, Selasa lalu.

Tertuduh, Lim Thiam Hock, 55, yang memakai baju kemeja T berwarna merah mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Thiam Hock didapati memiliki 36 kotak besar yang dalamnya terdapat 1,715 kotak berisi bahan letupan terdiri daripada mercun dan bunga api tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan dildakwa dilakukan di sebuah premis di Lorong Meranti, Jalan Bukit Lagi, Kangar jam 5 petang, pada 21 Mac 2023.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

FOTO: NSTP

Mahkamah menjatuhkan denda RM5,000 dan tertuduh boleh dipenjarakan selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.

Loading...
Terkini