comscore
Tumpuan :
Jenayah

Peniaga lesap RM51,806 akibat skim pelaburan tak wujud

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang peniaga produk makanan wanita kerugian RM51,806 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 28 tahun dari Kuantan tertarik dengan iklan pelaburan itu pada 13 Disember lalu.

Katanya, suspek menawarkan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada pelaburan dalam tempoh tiga hari.

“Hasil perbincangan, mangsa bersetuju untuk melabur dan telah membuat lima transaksi ke dalam empat akaun yang berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM51,806.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Katanya, sekiranya ingin membuat pelaburan semakan hendaklah dibuat terlebih dahulu atau mendapatkan maklumat daripada agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini