comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penjual buah warga emas maut ditikam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penjual buah maut akibat ditikam dalam kejadian di hadapan rumah dua tingkat sekitar Taman OUG, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan MERS 999 jam 7.40 petang.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 80 tahun bekerja sebagai penjual buah telah ditikam di beberapa bahagian badan dan muka

“Menurut saksi yang merupakan penyewa rumah di lokasi kejadian, mangsa kerap datang ke rumah berkenaan untuk mengambil buah-buahan untuk dijual di pasar pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, polis menahan empat lelaki warga asing awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelakidi Taman Oug, semalam.

Mengulas lanjut Amihizam berkata empat suspek lelaki berkenaan berusia lingkungan 29 hingga 53 tahun dalam satu serbuan semalam.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kejadian atau video tularberkaitan kejadian ini,” katanya.

Loading...
Terkini