comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pensyarah kolej antara 3 ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah kolej wanita kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan mengajar bernilai kira-kira RM6,000, sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai ditahan semalam antara kira-kira jam 3 hingga 6 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, Kuala Lumpur dan Perak.

“Suspek lelaki yang juga berkhidmat di kolej sama dengan pensyarah wanita tersebut dipercayai berpakat dengan seorang pembekal membuat tuntutan palsu untuk membekalkan peralatan mengajar pada tahun 2021,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek tidak direman namun dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka direkodkan.

Katanya, pada masa sama, SPRM Perak akan meningkatkan pemantauan ke atas perolehan kerajaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan ketirisan kepada dana awam di negeri berkenaan.

Loading...
Terkini