comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penunggang motosikal ragut rantai emas di Setia Alam diburu polis

Foto tular penunggang motosikal yang bertindak meragut rantai leher emas seorang lelaki di Setia Alam, Shah Alam, Sabtu lalu.

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal sedang diburu polis selepas bertindak meragut rantai leher emas seorang lelaki di Setia Alam, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga jurujual kereta berusia 29 tahun, pada jam 6.14 petang.

“Suspek dipercayai menaiki motosikal Yamaha 135LC berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

“Namun apabila mangsa keluar untuk melihat kerosakan suspek bertindak menarik rantai leher mangsa dan terus melarikan diri.

Suspek hanya berjaya melarikan separuh rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsa.

“Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM 1500 dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, perbuatan suspek itu turut dirakam ‘dashcam’ milik kenderaan mangsa dan tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Justeru, Mohd Iqbal menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya semasa berada di jalan raya.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shatish di talian 010-5643645,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini