comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penyerang Kamal Adli direman dua minggu untuk penilaian psikiatri

Foto: Instagram Kamal Adli

SINGAPURA: Mahkamah Singapura memerintahkan lelaki yang didakwa menyerang aktor Kamal Adli  direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

“Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri,” kata Hakim Daerah Terence Tay yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Tay berkata sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac depan.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri di sini kerana terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu,” menurut kenyataan SPF.

Pada Ahad lalu, kira-kira jam 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan cota.

Polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat.

Uqasha berkata kejadian itu berlaku pada penghujung acara tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai punca suaminya diserang.– BERNAMA

Loading...
Terkini