comscore
Tumpuan :
Jenayah

Peragut ‘Myvi biru’ ditahan

Foto : NSTP/Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki meragut telefon bimbit dari seorang penumpang kereta Perodua Myvi, ketika dalam kesesakan lalu lintas di Setapak, di sini, Sabtu lalu, ditahan.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan di Setapak, jam 11.30 malam tadi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hasil maklumat risikan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata rakaman video kejadian ragut berdurasi tujuh saat itu dikesan tular menerusi aplikasi TikTok, sejak jam 10 pagi tadi.

“Video menunjukkan kejadian ragut berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak, pada jam 3 petang Sabtu lalu. Ketika kejadian, mangsa berada di bahagian penumpang hadapan kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dengan cermin kereta dalam keadaan terbuka.

“Pada masa sama, suspek yang menunggang sebuah motosikal datang dari arah belakang terus meragut telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika menahan suspek, pihak polis turut merampas barang kes iaitu telefon bimbit milik mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun dan ragut.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 14 November ini dan siasatan masih dijalankan sama ada suspek turut terbabit dalam kes lain,” katanya.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini