Tumpuan :
Jenayah

Perkenalan di perhentian bas menjadi detik hitam

Foto hiasan

AMPANG JAYA : Perkenalan seorang wanita dengan sorang lelaki di sebuah perhentian bas di kawasan Pandan Kapital menjadi detik hitam apabila mangsa diajak menagih dadah sebelum dipukul dan dirogol di sebuah rumah Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa seorang wanita berusia 34 tahun berkenalan dengan suspek berusia 41 tahun.

Mangsa kemudiannya diajak menaiki motosikal suspek dan pergi ke rumah lelaki terbabit di Pandan Indah dipercayai untuk menagih dadah.

Ketika berada di rumah itu, suspek bertindak memukul mangsa di bahagian badan kepala dan muka sebelum merogolnya sambil disaksikan sorang lagi wanita yang disyaki teman wanitanya.

“Susulan itu, pada jam 6.20 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan di sebuah bilik hotel di kawasan Batu Caves, di sini.

“Tangkapan membabitkan seorang lelaki dan wanita berusia 41 dan 39 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek pertama didapati memilik 29 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Manakala suspek wanita yang dipercayai kekasih lelaki terbabit didapati mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah.

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek didapati positif jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Lelaki terbabit direman seminggu bermula hari ini. Manakala suspek wanita direman empat hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini