comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Perompak bersenjata larikan barang kemas RM1.4 juta

KUALA KANGSAR: Barang kemas bernilai RM1.4 juta dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian berhampiran sebuah kedai emas di sini, pagi tadi.

Video rakaman kejadian yang tular memaparkan kumpulan itu menyamun kereta dinaiki dua lelaki di kawasan parkir berhampiran sebuah premis kedai emas.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 11.22 pagi dan kes itu membabitkan dua jurujual emas disamun beberapa lelaki memakai topeng dengan bersenjatakan parang dan penukul.

Katanya, dua lelaki disamun itu bukan pekerja kedai emas di situ sebaliknya jurujual yang membekalkan barangan kemas untuk dihantar ke kedai emas di bandar ini.

“Dalam kejadian itu, cermin kereta mangsa dipecahkan bagi membolehkan suspek mengambil barang kemas bernilai kira-kira RM1.4 juta daripada dua jurujual itu.

“Ketika kejadian mereka (mangsa) baru keluar dari kereta. Mereka bawa emas untuk dihantar ke kedai emas di Kuala Kangsar dari Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436 atau talian 05-7762222.

Loading...
Terkini