comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pesara hilang RM10.4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian RM10.4 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mangsa iaitu seorang wanita warga emas berusia 80 tahun membuat laporan polis semalam.

Mangsa memaklumkan mula menyertai skim pelaburan tersebut setelah dimasukkan le dalam kumpulan sembang WhatsApp yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan matawang kripto dikenali sebagai ‘ Accerx.com’.

Tambahnya, melalui kumpulan sembang itu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.

Mangsa kemudian diminta untuk membuat bayaran balik setelah pembelian kripto tersebut berjaya.

Akibat terpedaya dengan helah suspek, mangsa memindahkan wang berjumlah RM10,455,288.

Mamgsa mula sangsi dengan kesahihan pelaburan tersebut apabila masih diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui media sosial.

Loading...
Terkini